


Kongres Anak Muda
Sebuah platform alternatif yang mengumpulkan suara anak muda progresif.
Latar Belakang
Kini, walaupun ramai anak muda celik politik, gerakan mereka sering bergerak dalam kelompok kecil yang terasing. Media sosial menjadi medan utama, tetapi solidariti lapangan semakin lemah.
Anak muda mudah terperangkap dalam naratif politik kepartian, sedangkan isu-isu rakyat, pendidikan, air, kesihatan, tanah adat, dan hak pekerja semakin terpinggir. Anak muda juga berdepan krisis keyakinan, sama ada terhadap parti politik lama mahupun organisasi belia rasmi yang dilihat tidak relevan.
Kongres ini adalah respon terhadap dinamika anak muda pada hari ini. Anak muda sering terpisah-pisah dan tidak ada rasa kebersamaan serta solidariti.
Kongres ini adalah satu alternatif kepada anak muda yang mahukan terbaik buat Malaysia.
Syarat Penyertaan
Had Umur | 15 hingga 30 tahun |
Yuran Komitmen | RM30* *akan dikembalikan semasa pendaftaran |
Bahasa Pengantar | Bahasa Melayu |
Tema Persidangan












