top of page
Search

Kenyataan Solidariti MANDIRI: Bebas Fahmi Reza Sekarang!

  • Writer: Admin
    Admin
  • Dec 31, 2024
  • 1 min read


MANDIRI mengecam tindakan pihak berkuasa menahan reman Fahmi Reza bagi siasatan dibawah Akta Hasutan 1948, Akta Sakit Hati (CMA) dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Undang-undang ini lapuk, yang sering disalahguna sejak dari dulu, dan telah sekian lama ditentang, termasuk oleh mereka yang kini di dalam kerajaan.


Fahmi hanya menggunakan satira untuk mengkritik pelantikan Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah, yang sepatutnya menjadi hak nya dalam sebuah negara demokrasi.


Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan sikap "tidak setuju" secara lisan tetapi gagal menghentikan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa. Mungkin benar lah tohmahan sesetengah pihak, bahawa beliau ini, hanya manis dibibir.


MANDIRI menuntut pembebasan segera keatas Fahmi Reza, laksana moratorium buat Akta Hasutan dan #AktaSakitHati dan seterusnya hapuskan undang-undang lapuk ini.


Kami juga menyeru semua rakyat Sabah yang bencikan korupsi untuk sama-sama turun ke himpunan yang akan berlangsung esok.


Bebas Fahmi! Mansuh Akta Hasutan! Lawan korupsi!

 
 
 

Recent Posts

See All
RUANG AWAM MILIK RAKYAT!

Kenyataan Media MANDIRI 14 Mei 2025 Ruang Awam Milik Rakyat! MANDIRI dengan tegas mengecam kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

 
 
 

Comments


CONTACT

RUMAH MANDIRI

32, Jalan Terus 4/42, Seksyen 4

Petaling Jaya, 46050, Selangor

Malaysia

 

hello@mandiri.my

  • Facebook
  • Instagram
  • X
  • LinkedIn

Questions?

Leave us a message:

Contact us

© 2024 by MANDIRI - Pusat Pembangunan Rakyat

bottom of page