top of page

Sekatan Terhadap: Fahmi Reza Penyalahgunaan Kuasa Oleh Kerajaan Negeri Sabah

  • Writer: MANDIRI
    MANDIRI
  • May 26, 2025
  • 1 min read

Updated: Jul 26

Kenyataan Media MANDIRI | 29 Mei 2025



Mandiri mengecam tindakan Jabatan Ketua Menteri Sabah yang mengarahkan agar saudara Fahmi Reza, seorang aktivis seni dan rakyat Malaysia, dihalang daripada memasuki Sabah di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63.


Tindakan ini menunjukkan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan Negeri Sabah. Kuasa imigresen yang sepatutnyadigunakan untuk menjaga keselamatan negeri, bukan digunakan untuk menyekat rakyat yang bersuara.


Fahmi Reza tidak melakukan sebarang jenayah. Saudara Fahmi Reza hanya mempraktikan hak kebebasan bersuara untuk melawan rasuah dan menegur salah guna kuasa.


Tindakan ini bukan sahaja melanggar prinsip demokrasi, malah memalukan nama Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia yang sepatutnya menghormati hak rakyat untuk bersuara dan bergerak bebas.


Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen tidak sepatutnya digunakan untuk melindungi ahli politik daripada kritikan. Undang-undang mesti digunakan secara adil, bukan ikut kepentingan politik.


Kami menyatakan solidariti penuh kepada Fahmi Reza dan menuntut:

1. Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan tampil memberikan penjelasan terbuka kepada rakyat tentang sebab sekatan ini dibuat.

2. Pihak Imigresen Malaysia menghentikan serta-merta penggunaan Seksyen 65(1)(a) terhadap aktivis atau sesiapa sahaja yang mengkritik kerajaan secara aman.


Oleh yang demikian, Mandiri berpendapat bahawa kerajaan negeri Sabah harus menghentikan amalan menyenaraihitamkan individu secara tidak bertanggungjawab.  Mandiri menyeru kepada seluruh gerakan masyarakat dan mahasiswa untuk menyatakan

sikap terhadap isu ini.


Hamdin Nordin

Penyelaras, MANDIRI


*Kredit gambar: Instagram @kuasasiswa (Fahmi Reza)

 
 
 

Comments


bottom of page