top of page

Kerajaan Anwar Ibrahim Jangan Hipokrit: Solidariti Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah

  • Writer: MANDIRI
    MANDIRI
  • Jan 22, 2025
  • 1 min read

Updated: 22 hours ago

Kenyataan Media MANDIRI | 22 Januari 2025



Mandiri mengecam sikap hipokrit kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim yang kononnya memperjuangkan kebebasan rakyat, tetapi semakin hari menunjukkan wajah sebenar yang tidak jauh berbeza daripada kerjaan terdahulu.


Kerajaan hari ini masih menggunakan taktik lama yang digunakan kerajaan dahulu untuk menekan suara rakyat, termasuk cubaan menyekat perhimpunan yang dianjurkan oleh mahasiswa. Tindakan ini bukan sahaja mencabul hak rakyat, tetapi juga bercanggah dengan prinsip reformasi yang mereka laungkan ketika berada di jalanan dahulu.


Mandiri ingin mengingatkan bahawa Anwar Ibrahim dan PH mendapatkan kuasa melalui sokongan rakyat yang berhimpun di jalanan. Namun kini, setelah berkuasa, kerajaan ini seolah-olah lupa asal-usul mereka. Ini jelah menunjukkan bahawa kerajaan in tidak konsisten dalam perjuangan mereka, bercakap tentang kebebasan ketika tidak berkuasa, tetapi menyekatnya apabila berkuasa.


Kami mendesak kerajaan memberikan komitmen yang jelas terhadap kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara tanpa sebarang bentuk intimidasi.


Kami menyeru rakyat Malaysia turun ke perhimpunan pada 25 Januari ini bagi menyuarakan penolakan terhadap rasuah dan mempertahankan hak berhimpun.


Hamdin Nordin

Penyelaras, Mandiri



 
 
 

Comments


bottom of page