top of page

Tempoh 48 Jam Untuk Kamil Munim Membuat Permohonan Maaf Telah Tamat

  • Writer: MANDIRI
    MANDIRI
  • May 21
  • 1 min read

Updated: Jul 26

Kenyataan Media MANDIRI | 21 Mei 2026




Tempoh 48 jam yang diberikan kepada Kamil Munim, Ketua AMK Malaysia, berkaitan satu kenyataan fitnah yang dibuat berkaitan Mandiri telah tamat.


Peguam kami telah menerima jawapan dari pihak peguam mewakili Kamil, bertarikh 19 Mei 2026. Namun ia hanya menyatakan bahawa mereka masih menunggu arahan dari Kamil selaku anak guam mereka.


Walaupun Kamil Munim telah membuat kenyataan di media sosial, bahawa beliau ‘akan menuruti proses ini dengan sewajarnya’, sehingga hari ini kami masih menunggu jawapan dari peguam beliau, berkaitan arahan dari anakguam mereka, serta jawapan diatas tuduhan-tuduhan tak berasas yang dibuat.


Kami akan mengumumkan tindakan selanjutnya, usai peguam kami menerima jawapan.


Kami sekali lagi menolak semua tuduhan jahat yang dibuat, yang berpotensi mengelirukan rakyat dan memberi kesan negatif kepada reputasi, dan perjuangan kami.


Semakin ditekan, semakin melawan!


Amir Hadi

Pengarah Eksekutif

MANDIRI


 
 
 

Comments


bottom of page