Peguam Telah Memfailkan Writ Saman Berkait Fitnah Terhadap MANDIRI Oleh Kamil Munim
- MANDIRI

- Jun 23
- 1 min read
Updated: 10 hours ago
Kenyataan Media MANDIRI | 23 Jun 2026

Pihak peguam yang mewakili MANDIRI dan saya telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kami juga telah menerima salinan writ yang telah dikeluarkan oleh mahkamah.
Tindakan ini adalah berhubung satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kamil Munim selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang antara lain mendakwa MANDIRI menerima dana asing bagi tujuan propaganda politik, operasi tentera siber, mencatur naratif politik domestik, menjadi ancaman kepada keselamatan negara serta bertindak sebagai proksi kepada kuasa asing. Kenyataan tersebut turut mengaitkan tujuh (7) transaksi berjumlah RM686,729.00 kepada saya selaku Pengarah Eksekutif MANDIRI serta beberapa individu lain yang dikaitkan dengan MANDIRI.
Selaras dengan writ yang telah dikeluarkan, Kamil Munim dikehendaki memasukkan kehadiran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas writ tersebut disampaikan kepadanya. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan lanjut diambil mengikut proses mahkamah.
Pihak peguam akan menguruskan penyampaian writ tersebut kepada Kamil Munim dalam masa terdekat.
Sehubungan itu, kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung perkara ini sehingga proses mahkamah selesai.
Kebenaran akan menang.
Semakin ditekan, semakin melawan!
Amir Hadi
Pengarah Eksekutif
MANDIRI


Comments