MANDIRI Saman Kamil Munim 10 Juta Ringgit
- MANDIRI

- May 18
- 1 min read
Updated: 15 hours ago
Kenyataan Media MANDIRI | 18 Mei 2026

Mandiri telah pun mengarahkan peguam untuk memulakan proses saman, keatas kenyataan fitnah yang dibuat oleh Ketua AMK, Kamil Munim bertarikh 17 Mei 2026, yang telah mengaitkan Mandiri dengan penerimaan dana asing, dengan tujuan antara lain untuk propaganda politik, operasi tentera siber, mencatur naratif politik domestik, ancaman keselamatan negara serta proksi kepada kuasa asing.
Beliau turut menyebut di dalam kenyataan tersebut bahawa terdapat tujuh (7) transaksi sebanyak RM 686,729.00 dibuat kepada Pengarah Eksekutif Mandiri serta beberapa yang lain yang turut dikaitkan dengan Mandiri.
Oleh yang demikian, satu surat tuntutan (letter of demand) bertarikh 18 Mei 2026 telah pun dihantar kepada Kamil Munim, melalui emel. LOD melalui serahan tangan akan dihantar kepada beliau esok pagi, 19 Mei 2026. Kami memberikan masa 48 jam, dari tarikh penerimaan LOD tersebut, buat Kamil Munim untuk menjawab dan membuat permohonan maaf berhadapan, secara terbuka. Sekiranya gagal, kami akan meneruskan tuntutan saman sebanyak RM10 juta.
Kami juga akan terus memantau akaun-akaun yang terus memainkan tuduhan fitnah ini, dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia berlarutan.
SEMAKIN DITEKAN, SEMAKIN MELAWAN!
Amir Hadi
Pengarah Eksekutif
MANDIRI


Comments