top of page
Search

Penyekatan Blog Tukar Tiub: MANDIRI Turut Penjelasan

  • Media
  • May 7, 2025
  • 1 min read

Kenyataan Media MANDIRI 27 Februari 2025


Penyekatan Blog Tukar Tiub: MANDIRI Turut Penjelasan


MANDIRI menyatakan kebimbangan serius terhadap keatas blog Tukar Tiub, sebuah platform yang sekian lama menjadi wadah penting dalam menyuarakan suara rakyat. Blog ini telah disekat atas tuduhan melanggar peraturan komuniti - satu keputusan yang menimbulkan persoalan sekiranya terdapat sebarang campur tangan.


Tukar Tiub, yang diasaskan oleh aktivis Hishamuddin Rais sejak 2008, telah memainkan peranan penting dalam menyuarakan isu-isu rakyat serta memberikan ruang kepada wacana kritikal. Sejarah menunjukkan bahawa blog ini pernah disekat pada era pemerintahan Najib Razak, sebelum kembali beroperasi selepas perubahan kerajaan pada 2018. Kini, di era Malaysia Madani yang menekankan keterbukaan, adalah penting untuk memastikan tindakan seperti ini tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip tersebut.


Kami menggesa pihak berkuasa, khususnya Kementrian Komunikasi dan Digital, untuk memberikan penjelasan sama ada sekatan ini punya sebab-sebab tertentu, dan sama ada ia dibuat kerana blog tersebut kritikal kepada pihak kerajaan. Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, dan sekatan terhadap kebebasan media boleh memberi kesan terhadap persepsi umum mengenai komitmen negara terhadap prinsip demokrasi.


Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia, organisasi masyarakat sivil, dan media untuk terus memperjuangkan kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan dan memastikan ruang demokrasi tidak disempitkan.


Wong KuKui,

MANDIRI



 
 
 

Recent Posts

See All
RUANG AWAM MILIK RAKYAT!

Kenyataan Media MANDIRI 14 Mei 2025 Ruang Awam Milik Rakyat! MANDIRI dengan tegas mengecam kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

 
 
 

Comments


CONTACT

RUMAH MANDIRI

32, Jalan Terus 4/42, Seksyen 4

Petaling Jaya, 46050, Selangor

Malaysia

 

hello@mandiri.my

  • Facebook
  • Instagram
  • X
  • LinkedIn

Questions?

Leave us a message:

Contact us

© 2024 by MANDIRI - Pusat Pembangunan Rakyat

bottom of page