top of page
Search

Solidariti Bersama Komrad Hani dan Kecaman Terhadap Intimidasi Polis Terhadap Malaysia

  • Media
  • Mar 4, 2025
  • 1 min read

Updated: May 7, 2025

Kenyataan Media MANDIRI 4 Februari 2025


Solidariti Bersama Komrad Hani dan Kecaman Terhadap Intimidasi Polis Terhadap Malaysia


MANDIRI mengecam keras tindakan pihak berkuasa yang sekali lagi memanggil komrad Alyaah Hani dan saudara Aliff Danial untuk disoal siasat. Ini adalah satu bentuk intimidasi yang jelas terhadap mahasiswa yang menggunakan hak mereka untuk bersuara dan berkumpul secara aman, hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


MADIRI tegaskan bahawa tindakan pihak berkuasa yang menyiasat dan menekan mahasiswa atas alasan menyuarakan ketidakpusan hati terhadap ketidakadilan adalah tindakan autoritarian yang tidak boleh diterima dalam sebuah negara yang kononnya mengangkat demokrasi dan kebebasan bersuara.


MANDIRI menyatakan solidariti penuh kepada komrad Alyaah Hani serta semua mahasiswa dan aktivis yang terus ditekan kerana menyuarakan kebenaran. MANDIRI menyeru kepada semua pihak untuk berdiri bersama mahasiswa dalam menentang tindakan zalim ini dan terus mempertahankan hak asasi kita semua.


MANDIRI juga menuntut agar:

  1. Pihak polis segera menghentikan siasatan terhadap Hani dan mana-mana mahasiswa lain yang hanya menggunakan hak mereka untuk bersuara. Kerajaan Madani wajib berhenti menggunakan agensi pengkuatkuasaan sebagai alat politik untuk menakut-nakutkan rakyat.

  2. Jaminan penuh diberikan kepada mahasiswa untuk bersuara tanpa sebarang ancaman atau tindakan undang-undang yang bermotifkan politik.


    Kami bersama Hani dan Aliff. Kami bersama mahasiswa.


    Tobey Qi-Sean

    MANDIRI



 
 
 

Recent Posts

See All
RUANG AWAM MILIK RAKYAT!

Kenyataan Media MANDIRI 14 Mei 2025 Ruang Awam Milik Rakyat! MANDIRI dengan tegas mengecam kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

 
 
 

Comments


CONTACT

RUMAH MANDIRI

32, Jalan Terus 4/42, Seksyen 4

Petaling Jaya, 46050, Selangor

Malaysia

 

hello@mandiri.my

  • Facebook
  • Instagram
  • X
  • LinkedIn

Questions?

Leave us a message:

Contact us

© 2024 by MANDIRI - Pusat Pembangunan Rakyat

bottom of page