top of page

Campak Mahasiswa Dari Pentas Wacana: Di Mana Maruah Demokrasi?

  • Writer: MANDIRI
    MANDIRI
  • May 31, 2025
  • 1 min read

Updated: Jul 25

Kenyataan Media MANDIRI | 31 Mei 2025



Mandiri memandang serius campur tangan politik yang berlaku dalam forum akademik anjuran Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, yang telah menyaksikan penyingkiran aktivis mahasiswa Alyaah Hani daripada menjadi moderator, malah diminta untuk tidak menghadiri acara tersebut.


Campur tangan ini dikatakan datang daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli, dan Ahli Parlimen Miri, YB Chiew Choon Man. Forum bertajuk “Unmute the Nation: The Constitution’s Promise of Freedom” sepatutnya menjadi medan terbuka untuk wacana ilmiah.


Namun, apabila suara mahasiswa disenyapkan hanya kerana ketidakselesaan politikus, kita harus tanya, siapa sebenarnyatakut pada kebebasan bersuara? Tindakan ini bukan hanya satu bentuk pembungkaman terhadap suara anak muda, malah satu penghinaan kepada prinsip asas demokrasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.


Adakah mahasiswa hanya disokong bila suara mereka selari dengan kuasa? Adakah wacana hanya dibenarkan apabila ia selesa untuk elit politik? Kami menolak budaya kawal-suara ini. Universiti bukan ruang propaganda. Ia ruang kritis, ruang belajar, dan ruang berani bersuara.


Kami menuntut:

1. Penjelasan terbuka daripada YB Adam Adli dan YB Chiew Choon Man tentang penglibatan mereka dalam insiden ini.

2. Komitmen jelas dan bertulis daripada pihak kementerian untuk tidak lagi mencampuri urusan kandungan forum ataudiskusi di universiti.


Suara mahasiswa bukan ancaman. Ia cerminan keberanian generasi akan datang. Dan bila suara ini cuba dibungkam, kami tidak akan diam.


Zaza Atira

Penyelaras, MANDIRI


*Kredit gambar: Utusan Malaysia

 
 
 

Comments


bottom of page