Hentikan Siasatan Terhadap Mahasiswa dan Aktivis, Perhimpunan Aman Bukan Jenayah!
- Media
- Mar 4
- 1 min read
Updated: May 7
Kenyataan Media MANDIRI 31 Januari 2025
Hentikan Siasatan Terhadap Mahasiswa dan Aktivis, Perhimpunan Aman Bukan Jenayah!
MANDIRI mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa yang memanggil 13 individu termasuk mahasiswa untuk disoal siasat susulan penyertaan mereka dalm Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah.
Perhimpunan aman bukanlah satu jenayah. Jadi, mengapa mereka yang membawa suara rakyat dan memperjuangkan keadilan harus disiasat? Yang sepatutnya disisasat adalah mereka yang terpalit dengan rasuah! Siasat ADUN di Sabah yang terlibat dalam skandal! Siasat ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran negara!
Apa ertinya reformasi jika di era Madani in, para aktivis dan mahasiswa masih dipanggil untuk disoal siasat hanya kerana berhimpun secara aman? Apa maknanya reformasi jika setiap kali rakyat bersuara, FRU dikerahkan untuk mengitimidasi mereka?
Apakah Anwar Ibrahim sudah lupa bahawa beliau sendiri pernah turun ke jalan raya, memperjuangkan keadilan, sehingga akhirnya sampai ke posisi beliau sekarang? Hak kebebasan bersuara dijamin Perlembagaan Persekutuan, kerajaan jangan mengulangi kesilapan pemerintah terdahulu yang menyekat suara rakyat.
MANDIRI desak agar siasatan ini dihentikan segera. Para aktivis bukan penjenayah! Dan perhimpunan aman bukan satu jenayah!
INI SOLIDARITY! Hidup Mahasiswa! Hidup Anak Muda!
Wong Kukui,
MANDIRI
Kommentare