top of page

Kegagalan Pihak PDRM Menjamin Keselamatan Perhimpunan Aman #GempurRasuahSabah2.0

  • Writer: MANDIRI
    MANDIRI
  • Jun 22, 2025
  • 1 min read

Kenyataan Media MANDIRI | 22 Jun 2025



MANDIRI difahamkan bahawa pihak polis yang hadir ketika perhimpunan aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 pada 21 Jun 2025 telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memudahkan perjalanan acara, meskipun notis perhimpunan telah dihantar dan disahkan penerimaanya lebih awal.


Ini bukan kecuaian kecil, ini adalah pengabaian tanggungjawab yang boleh membahayakan nyawa. Sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, pihak polis harus memikul tanggungjawab sepenuhnya.


Turut dimaklumkan juga bahawa pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah bertindak mengarahkanuntuk menurunkan kain rentang, meskipun lokasi perhimpunan dijalankan di kawasan ruang awam.


Ini menunjukkan kejahilan atau keengganan DBKK untuk memahami perkembangan undang-undang, khususnya moratorium ke atas Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 13 Februari 2025.


Moratorium tersebut menangguh keperluan mendapat keizinan pemunya tempat untuk mengadakan perhimpunan, satu langkah progresif demi menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Tapi pihak agensi penguatkuasaan sendirimasih enggan akur.


MANDIRI juga dimaklumkan bahawa kenderaan milik seorang mahasiswa telah disimbah cecair dipercayai sejenis bahan kimia berhampiran tapak perhimpunan.


MANDIRI menuntut agar:

1. Siasatan segera terhadap tindakan provokasi serta sabotaj terhadap peserta

2. Pihak berkuasa memastikan keselamatan dan hak demokratik peserta dalam sebarang himpunan rakyat di masa hadapan


MANDIRI bersolidariti penuh bersama semua peserta #GempurRasuahSabah2.0 yang telah berani bersuaramenentang rasuah, menuntut akauntabiliti, dan memperjuangkan masa depan yang lebih adil.


Semakin ditekan, semakin melawan!

Panjang umur perjuangan, nafas panjang perlawanan!


Sabah maju jaya.


Wong KuKui

MANDIRI

 
 
 

Comments


bottom of page