KEMENANGAN FADHIL KASIM: GESA PERBINCANGAN CADANGAN PINDAAN AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 DISEGERAKAN
- Media
- May 7, 2025
- 1 min read
Kenyataan Media MANDIRI 26 Februari 2025
Kemenangan Fadhil Kasim: Gesa Perbincangan Cadangan Pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 Disegerakan
MANDIRI menyambut baik keputusan Jabatan Peguam Negara untuk memberhentikan prosiding ke atas Presiden Suara Mahasiswa UMS, saudara Fadhil Kasim yang selaras dengan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.
Namun suka untuk kami ingatkan, bahawa keputusan dari awal untuk mendakwa Fadhil adalah keputusan yang salah, sungguhpun Perdana Menteri telah menyebutkan bahawa pendakwaan tidak akan dibuat. Kami percaya, tanpa desakan berterusan dari rakyat, hal ini pasti tidak akan berlaku.
Kami juga ingin sekali lagi menggesa agar perbincangan bersama dengan pemegang taruh, khususnya organisasi-organisasi masyarakat sivil, dalam rancangan kerjaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman dilakukan dengan segera.
Satu jawatankuasa bersama boleh dibentuk, dan ia pernah dilakukan sebelum ini, seperti Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Keselamatan yang dibentuk pada tahun 2018, yang melibatkan PDRM, Majlis Peguam, Kementerian Dalam Negeri, dan organisasi-organisasi masyarakat sivil.
Sekiranya tidak, kami percaya organisasi-organisasi masyarakat sivil, termasuk Mandiri sendiri, sentiasa bersedia sekiranya dipanggil, bagi membincangkan cadangan pindaan ini, agar pindaan yang dibuat nanti, benar-benar mencerminkan iltizam menambahbaik undang-undang tersebut dan menghormati hak kebebasan rakyat.
Tahniah saudara Fadhil atas kemenangan ini. Nafas panjang perlawanan!
Hidup rakyat! Hidup Mahasiswa!
Wong KuKui
MANDIRI



Comments