top of page
Search

KENYATAAN BERSAMA: SOLIDARITI BUAT KONTRAS DAN ORGANISASI MASYARAKAT SIVIL INDONESIA MELAWAN RUU TNI DI INDONESIA

Kenyataan Bersama 19 Mac 2025


KENYATAAN BERSAMA: SOLIDARITI BUAT KONTRAS DAN ORGANISASI MASYARAKAT SIVIL INDONESIA MELAWAN RUU TNI DI INDONESIA


Kami, organisasi masyarakat sivil Malaysia yang menandatangani kenyataan ini, menyatakan solidariti penuh kepada Komisi untuk Orang Hilang dan Korban Tindak Kekerasan (KontraS) serta organisasi-organisasi masyarakat sivil Indonesia dan mengecam segala ancaman dan intimidasi akibat penolakan terhadap Rancangan Undang-Undang Tentara Nasional Indonesia (RUU TNI). Kami mengecam keras sebarang usaha untuk membungkam suara masyarakat sivil dan menolak keras tindakan intimidasi yang bertentangan dengan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.


Proses pembahasan RUU TNI yang sedang berlangsung secara tertutup dan tergesa-gesa menimbulkan kebimbangan serius di kalangan rakyat dan masyarakat sivil di Indonesia. Tanpa sedikit pun keinginan untuk campur tangan terhadap keadaan politik di sana, pandangan organisasi masyarakat sivil Indonesia bahawa pindaan ini bukan sahaja gagal menangani masalah struktural dalam institusi ketenteraan, tetapi juga membuka ruang yang lebih luas kepada anggota TNI untuk menduduki jawatan dalam sektor awam, jelas menunjukkan pertentangan dengan prinsip Reformasi yang menuntut pemisahan fungsi ketenteraan daripada urusan masyarakat awam, demi memastikan profesionalisme mereka.


Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan intimidasi dan ancaman yang ditujukan kepada KontraS, organisasi masyarakat sivil Indonesia, dan aktivis lain yang berani bersuara. Peristiwa seperti kehadiran anggota tentera di sekitar kawasan hotel tempat mesyuarat dan protes berlangsung serta ancaman terhadap Badan Pekerja KontraS adalah usaha terang-terangan untuk menakut-nakutkan rakyat yang memperjuangkan keadilan.


Tuntutan Kami:

1. Hentikan Pembahasan RUU TNI Secara Tertutup: Proses ini harus dilakukan secara terbuka dengan melibatkan masyarakat awam dan pihak berkepentingan sesuai gesaan organisasi masyarakat sivil di Indonesia

2. Hentikan Intimidasi Terhadap Masyarakat Sivil Indonesia: Kami menuntut jaminan keselamatan untuk KontraS, organisasi masyarakat sivil Indonesia, dan semua pihak yang terlibat dalam advokasi ini.


Kami menyeru masyarakat antarabangsa, organisasi hak asasi manusia, dan seluruh rakyat untuk bersolidariti bersama KontraS, organisasi-organisasi masyarakat sivil Indonesia, dan menolak usaha pembungkaman suara rakyat. Demokrasi tidak akan bertahan tanpa keberanian untuk bersuara dan melawan penindasan.


Solidariti terus!


Kenyataan Bersama Oleh:

  1. MANDIRI - Pusat Pembangunan Rakyat

  2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

  3. HAYAT

  4. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)

  5. Pusat KOMAS

  6. Liga Rakyat Demokratik

  7. Lawyers of Liberty

  8. Borneo Komrad

  9. Mahasiswa Demokratik Malaysia

  10. Liga Mahasiswa UM

  11. Liga Mahasiswa Unisza

  12. Suara Mahasiswa UMS

  13. Federasi Pemuda Kebangsaan

  14. Gerakan Perempuan Melawan

 
 
 

Recent Posts

See All
RUANG AWAM MILIK RAKYAT!

Kenyataan Media MANDIRI 14 Mei 2025 Ruang Awam Milik Rakyat! MANDIRI dengan tegas mengecam kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

 
 
 

Comments


CONTACT

RUMAH MANDIRI

32, Jalan Terus 4/42, Seksyen 4

Petaling Jaya, 46050, Selangor

Malaysia

 

hello@mandiri.my

  • Facebook
  • Instagram
  • X
  • LinkedIn

Questions?

Leave us a message:

Contact us

© 2024 by MANDIRI - Pusat Pembangunan Rakyat

bottom of page