top of page
Search

Kenyataan Solidariti Dan Kritikan Mandiri Terhadap Penahan Tidak Sah, Gangguan Seksual, Dan Intimidasi Polis Terhadap Hani

Updated: May 9


Kenyataan Media MANDIRI 12 Februari 2025


Kenyataan Solidariti Dan Kritikan Mandiri Terhadap Penahan Tidak Sah, Gangguan Seksual, Dan Intimidasi Polis Terhadap Hani


Kami di Pusat Pembangunan Rakyat Mandiri (MANDIRI) mengecam keras penahanan tidak sah, gangguan seksual, dan intimidasi polis terhadap Hani. Insiden ini mencerminkan pola penyalahgunaan kuasa yang semakin berleluasa dalam institusi keselamatan negara.


Polis: Alat Penindasan, Bukan Perlindungan


  • Pemerasan Sistemik: Memaksa Hani untuk memastikan rakan-rakannya bersurai sebelum dibebaskan adalah taktik ugutan yang mencabul hak kebebasan bersuara dan berhimpun.


  • Gangguan Seksual: Tindakan seorang pengawai lelaki mengiringi Hani ke tandas adalah bentuk penghukuman gender yang bertujuan menanam trauma dan ketakutan dalam kalangan aktivis wanita.


  • Kuasa Tanpa Kawalan: Insiden ini membuktikan bagaimana polis terus menyalahgunakan kuasa tanpa mekanisme akauntabiliti yang efektif.


Tuntunan MANDIRI


Kami mendesak tindakan segera daripada pihak berwajib:


  1. Respon dari Kementerian Dalam Negeri terhadap kes ini dan tindakan disiplin terhadap pegawai terlibat.

  2. Pindaan terhadap Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memastikan hak berhimpun dilindungi.

  3. Penubuhan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) untuk menangani salah laku polis secara efektif.

Pakatan Harapan: Janji Kosong, Pengkhianatan Rakyat


Pakatan Harapan (PH) pernah berjanji menubuhkan IPCMC dan melakukan reformasi polis, tetapi sehingga kini janji itu tidak ditunaikan. Jika mereka benar-benar komited kepada keadilan, tindakan segera diperlukan.


Perlawanan Tidak Akan Terhenti


Kami menyeru rakyat Malaysia untuk berdiri bersama Hani dan menentang penindasan polis, tetapi sehingga kini janji itu tidak ditunaikan. Jika mereka benar-benar komited kepada keadilan, tindakan segera diperlukan.


Perlawanan Tidak Akan Terhenti


Kami menyeru rakyat Malaysia untuk berdiri bersama Hani dan menentang penindasan polis. Kebebasan tidak diberikan, tetapi dituntut! Jika pihak berkuasa menganggap tindakan ini akan membungkam perjuangan, mereka silap besar.


Solidariti Bersama Hani! Hapuskan Penindasan Polis!


Pusat Pembangunan Rakyat Mandiri (MANDIRI)





 
 
 

Recent Posts

See All
RUANG AWAM MILIK RAKYAT!

Kenyataan Media MANDIRI 14 Mei 2025 Ruang Awam Milik Rakyat! MANDIRI dengan tegas mengecam kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

 
 
 

Comments


CONTACT

RUMAH MANDIRI

32, Jalan Terus 4/42, Seksyen 4

Petaling Jaya, 46050, Selangor

Malaysia

 

hello@mandiri.my

  • Facebook
  • Instagram
  • X
  • LinkedIn

Questions?

Leave us a message:

Contact us

© 2024 by MANDIRI - Pusat Pembangunan Rakyat

bottom of page