top of page

MANDIRI Kecam Penahanan Aktivis Mahasiswa Di Bawah Akta Hasutan 1948

  • Writer: MANDIRI
    MANDIRI
  • Jun 24, 2025
  • 1 min read

Kenyataan Media MANDIRI | 24 Jun 2025



MANDIRI mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis menahan saudara Fadhil Kasim, Aliff Danial, dan Sabir Syarifuddin susulan himpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0. Fadhil, Aliff, Sabir, dan rakan-rakan lain dipanggil hadir ke IPD Kepayan bagi tujuan siasatan forensik berhubung insiden simbah asid ke atas kenderaan mereka.


Namun tanpa sebarang penjelasan munasabah, mereka telah terus ditahan dan kini, ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Akta Hasutan 1948.


Ini merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa dan pencabulan hak, Akta lapuk warisan penjajah ini sepatutyadimansuhkan seperti mana yang dijanjikan dulu oleh pimpinan yang sudah berada di tampuk kekuasaan.


Hakikatnya, akta ini terus digunakan untuk membungkam suara rakyat, termasuk mahasiswa yang lantang melawan rasuah.


Lebih mengejutkan lagi, kami menerima maklumat bahawa berlaku kekasaran pihak polis terhadap tahanan yang masih berlaku di era pemerintahan Anwar Ibrahim.


MANDIRI menuntut:

1. Bebaskan aktivis mahasiswa dengan segera

2. Hentikan sebarang bentuk kekerasan polis terhadap aktivis Mahasiswa

3. Mansuhkan serta-merta Akta Hasutan 1948


Madani sedang melakuan kesilapan besar. Intimidasi begini tidak akan menakutkan mahasiswa, melainkan membuat api perlawanan dan semangat juang anak muda menjadi lebih kuat.


Makin ditekan, makin melawan.

Bebas Fadhil! Bebas Aliff! Bebas Sabir!


Yang melawan,

Wong KuKui

MANDIRI


*Kredit gambar: Instagram @sm_ums (Suara Mahasiswa UMS)

 
 
 

Comments


bottom of page