MANDIRI Kecam Sekatan Tayangan Dokumentasi & Forum Hak Berhimpun Di UM
- MANDIRI

- Jun 16, 2025
- 1 min read
Kenyataan Media MANDIRI | 16 Jun 2025

Mandiri mengecam sekeras-kerasnya Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya yang menyekatprogram tayangan dokumentari dan forum mengenai hak berhimpun dan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang dijadualkan pada 15 Jun 2025, pukul 8 malam di Universiti Malaya.
Tindakan ini jelas bertentangan dengan prinsip kebebasan akademik dan hak bersuara, serta membuktikan bahawa kebebasan ruang awam semakin sempit dibawah pemerintahan Madani.
Mandiri menuntut:
1. Penjelasan terbuka daripada TNC HEP Univerisiti Malaya berhubung sekatan forum ini
2. Jaminan bahawa tiada tekanan atau tindakan akan diambil terhadap penganjur dan peserta program
3. Komitmen pihak Universiti Malaya untuk menghormati dan melindungi kebebasan akademik
Mandiri bersolidariti penuh kepada Liga Mahasiswa Malaysia dan semua mahasiswa yang terus berani melawan dan bersuara kritikal.
Panjang umur mahasiswa!
Wong KuKui
Penyelaras, MANDIRI



Comments