top of page
Search

MANDIRI menyokong penuh Himpunan Gempur Rasuah Sabah

  • Writer: Admin
    Admin
  • Dec 23, 2024
  • 1 min read


Mandiri bersolidariti dan menyokong penuh himpunan Gerakan Gempur Rasuah Sabah anjuran Suara Mahasiswa UMS. Gerakan ini merupakan satu langkah wajar dalam menyatakan pendirian terhadap kebobrokan rasuah yang telah lama menghancurkan masa depan rakyat Sabah, yang tidak boleh didiamkan lagi.


Baru-baru ini, rakyat Sabah dihidangkan dengan video pendedahan rasuah melibatkan enam ADUN Sabah. Ironinya, dalam era "MADANI" yang kononnya mengangkat prinsip integriti dan anti-rasuah, kita masih tidak mendengar sebarang tindakan konkrit diambil. Malah, individu seperti Musa Aman yang selama bertahun-tahun sering terpalit dengan skandal rasuah besar, dan turut dikritik pembebasan pertuduhan rasuahnya oleh Perdana Menteri ketika beliau dibangku pembangkang, kini dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah.


MANDIRI menggesa supaya kesemua mereka yang terpalit ini, dibawa ke muka pengadilan. Kami juga mencadangkan supaya kesemua mereka ini direhatkan dari jawatan masing-masing, sehinggalah mereka dibuktikan tidak bersalah.


MANDIRI juga ingin mengingatkan pihak berkuasa khususnya PDRM untuk menghormati hak berhimpun, bersuara dan berekpresi rakyat yang dijamin dibawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.


Sabah, sebuah wilayah yang kaya dengan hasil bumi, kini menjadi simbol kegagalan sistem politik Malaysia. Kekayaan ini tidak pernah benar-benar dinikmati oleh rakyat Sabah. Sebaliknya, kemiskinan yang melanda rakyat Sabah adalah cerminan kegagalan sistemik negara dalam menangani korupsi. Rasuah jelas adalah satu bentuk pencabulan terhadap kekayaan negeri dan juga pengkhianatan terhadap amanah rakyat.


Mandiri menyeru semua gerakan mahasiswa, masyarakat sivil, dan rakyat Malaysia untuk bersolidariti dan menyatakan pendirian tegas menentang rasuah dan menyokong gerakan ini.


Hamdin Nordin

Penyelaras, Mandiri

 
 
 

Recent Posts

See All
RUANG AWAM MILIK RAKYAT!

Kenyataan Media MANDIRI 14 Mei 2025 Ruang Awam Milik Rakyat! MANDIRI dengan tegas mengecam kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

 
 
 

Comments


CONTACT

RUMAH MANDIRI

32, Jalan Terus 4/42, Seksyen 4

Petaling Jaya, 46050, Selangor

Malaysia

 

hello@mandiri.my

  • Facebook
  • Instagram
  • X
  • LinkedIn

Questions?

Leave us a message:

Contact us

© 2024 by MANDIRI - Pusat Pembangunan Rakyat

bottom of page