Menyokong Tuntutan 9 Ahli Parlimen
- MANDIRI

- Jul 7, 2025
- 1 min read
Kenyataan Media MANDIRI | 7 Julai 2025

MANDIRI mengikuti rapat sidang media yang dibuat oleh 9 ahli parlimen, diketuai Saudara Rafizi Ramli berkaitan kemelut institusi kehakiman, dan menyokong penuh semua tuntutan-tuntutan yang dikemukakan.
Antara tuntutan termasuklah:
Pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan;
Prosiding dan siasatan dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi); dan,
Pencalonan baru hanya dibuat selepas 2 perkara diatas terlaksana.
Kemelut ini merisaukan apatah lagi ia melibatkan Badan Kehakiman, salah satu cabang di dalam doktrin pembahagian kuasa, yang selain menjalankan fungsinya, turut memainkan peranan sebagai semak imbang di dalam pentadbiran negara.
MANDIRI bersama organisasi masyarakat sivil bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak yang mahu mempertahankan kebebasan institusi kehakiman negara, dan turut bersedia menggerakkan kempen penerangan bersama agar ia dapat difahami oleh masyarakat.
Terima kasih.
Amir Hadi
Pengarah Eksekutif
MANDIRI
*Kredit gambar: Utusan Malaysia



Comments