top of page

Pengharaman Borneo Komrad Adalah Pencalaran Demokrasi Di Era Madani

  • Writer: MANDIRI
    MANDIRI
  • Mar 28, 2025
  • 1 min read

Kenyataan Media MANDIRI | 28 Mac 2025



Mandiri mengecam sekeras-kerasnya keputusan kerajaan mengharamkan pertubuhan Borneo Komrad.


Tindakan ini merupakan satu pencabulan terhadap kebebasan berpersatuan yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, serta satu pencalaran terhadap nilai-nilai demokrasi yang kononnya dijunjung dalam era kerajaan Madani.


Pengharaman ini dilakukan tanpa alasan yang kukuh dan jelas, memperlihatkan keculasan kerajaan dalam menangani suara-suara kritikal yang datang daripada anak muda dan masyarakat akar umbi.


Ia menimbulkan persoalan besar terhadap keikhlasan kerajaan dalam menjunjung prinsip reformasi dan kebebasan sivil, lebih-lebih lagi apabila tindakan ini berlaku di bawah kepimpinan yang dahulunya mengangkat nilai reformasi sebagai nadi perjuangan.


Mandiri melihat pengharaman Borneo Komrad sebagai satu presiden berbahaya terhadap kebebasan berpersatuan di Malaysia. Ini bukan sekadar soal satu pertubuhan, ini soal arah tuju demokrasi negara. Jika Borneo Komrad boleh diharamkan sebegitu mudah, siapa pula selepas ini?


Sehubungan itu, Mandiri menuntut:


1.⁠ ⁠Penarikan semula pengharaman Borneo Komrad serta-merta.

2.⁠ ⁠Pelaksanaan reformasi menyeluruh terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi menjamin kebebasan berpersatuan yang sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.


Kami menyeru seluruh gerakan mahasiswa, anak muda, dan masyarakat sivil untuk menyatakan pendirian tegas terhadap keculasan kerajaan dibawah pimpinan Anwar Ibrahim.


Kenyataan bersama oleh:

Wong KuKui & Hamdin Nordin

MANDIRI


*Kredit gambar: Filsufi



 
 
 

Comments


bottom of page