top of page
Search

REFORMASI AKTA PERHIMPUNAN AMAN: MANDIRI SAMBUT BAIK, NAMUN PERLU PENGLIBATAN PEMEGANG TARUH

  • Media
  • May 7, 2025
  • 1 min read

Kenyataan Media MANDIRI 13 Februari 2025


REFORMASI AKTA PERHIMPUNAN AMAN: MANDIRI SAMBUT BAIK, NAMUN PERLU PENGLIBATAN PEMEGANG TARUH


MANDIRI menyambut baik usaha Kerajaan dalam meminda Akta Perhimpunan Aman, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri. khususnya berkenaan dengan keizinan pemilik tempat yang sering kali digunakan sebagai alat untuk menyekat rakya menggunakan hak untuk berhimpun dan bersuara.


Namun, MANDIRI berpandangan bahawa reformasi terhadap Akta Perhimpunan Aman tidak boleh dilakukan secara separa atau terhad kepada beberapa aspek sahaja. Masih terdapat banyak perkara dalam akta ini yang perlu dikaji semula dan diperbaiki bagi menjamin kebebasan rakyat dalam sebuah negara yang mendukung prinsip demokrasi.


Ini termasuklah dalam isu notis, di mana ada beberaoa keadaan, sebagai contoh; perobohan rumah, siasatan keatas aktivis dan lain-lain, yang mana notis 5 hari adalah mustahil untuk diserahkan. Satu klausa baru boleh dimasukkan bagi memberi kelonggaran. Keperluan notis itu sendiri juga perlu dibahaskan dengan lebih mendalam agar ia tidak lagi menjadi alat membungkam suara rakyat.


Oleh itu, MANDIRI menggesa Kerajaan untuk melibatkan pemegang taruh dalam proses pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012. Proses ini harus dilakukan secara telus dengan konsultasi meluar bersama masyarakat sivil, badan hak asasi manusia, organisasi rakyat dan mahasiswa bagi memastikan pindaan yang dibuat benar-benar mencerminkan suara rakyat,


MANDIRI akan terus memantau perkembagan ini dan menggunakan segala upaya untuk bertindak sekiranya hak rakyat untuk berhimpun secara aman masih dipinggirkan.


Hamdin Nordin

Penyelaras, Mandiri

 
 
 

Recent Posts

See All
RUANG AWAM MILIK RAKYAT!

Kenyataan Media MANDIRI 14 Mei 2025 Ruang Awam Milik Rakyat! MANDIRI dengan tegas mengecam kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

 
 
 

Comments


CONTACT

RUMAH MANDIRI

32, Jalan Terus 4/42, Seksyen 4

Petaling Jaya, 46050, Selangor

Malaysia

 

hello@mandiri.my

  • Facebook
  • Instagram
  • X
  • LinkedIn

Questions?

Leave us a message:

Contact us

© 2024 by MANDIRI - Pusat Pembangunan Rakyat

bottom of page