Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman Tidak Berperlembagaan: Kemenangan Buat Rakyat
- MANDIRI

- Jul 1, 2025
- 1 min read
Kenyataan Media, Amir Hadi | 1 Julai 2025

Alhamdulillah.
Hari ini, hakim Mahkamah Persekutuan, diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun telah memutuskan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman, berkaitan keperluan memberikan notis untuk himpunan aman sebagai TIDAK BERPERLEMBAGAAN.
Saya didakwa pada Ogos 2022, kerana menganjurkan himpunan #ManaKapalLCS; skandal pembinaan kapal tempur persisir yang mengalami penangguhan kerana salah laku dan pecah amanah.
Skandal ini menjadi antara topik utama kempen yang digerakkan oleh Pakatan Harapan menuju PRU-15, yang akhirnya membawa kepada pembentukan kerajaan Madani, diketuai Anwar Ibrahim; Pengerusi Pakatan Harapan.
Yang menyedihkan, selepas menjadi kerajaan, walaupun dengan segala tuduhan yang dilempar sepanjang kempen, termasuk hampir RM800 juta yang diseleweng, hanya dua dua orang yang didakwa;
1) Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard (BNS)
2) Saya sendiri.
Bekas Pengarah BNS diberikan DNAA awal tahun ini, dan yang masih turun naik mahkamah kerana isu LCS ini, HANYA SAYA SEORANG, walaupun Anwar berjanji 'akan ada jerung yang akan didakwa'.
Selepas 3 tahun yang panjang, hari ini kemenangan berpihak pada saya dan rakyat Malaysia, yang menggunakan hak kami di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, untuk berhimpun secara aman.
Namun kemenangan in i tidak boleh menutup kegagalan kerajaan, khususnya dalam menyelesaikan banyak skandal, termasuk skandal LCS.
Anwar dan pemerintah harus bersiap, kerana selagi mereka tidak bertindak membawa perasuah dan penyangak ke muka pengadilan, selagi itu perlawanan akan digerakkan.
Bukan semua boleh ditipu, seperti mana penjilat dan pencacai mereka.
Lawan!
Amir Hadi
Pengarah Eksekutif
MANDIRI



Comments