Solidariti Hishamuddin Rais: Madani Perlu Berhenti Memperalatkan Undang-Undang Untuk Intimidasi
- MANDIRI

- Jul 2, 2025
- 1 min read
Kenyataan Media MANDIRI | 2 Julai 2025

MANDIRI bersolidariti penuh bersama aktivis Hishamuddin Rais, yang baru saja disoal siasat di Balai Polis Bukit Aman.
Difahamkan bahawa siasatan dibuat bagi pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Siasatan ini dibuat susulan ucapan Hishamuddin Rais dalam himpunan aman Rakyat Benci Rasuah 2.0 pada Sabtu laluyang didakwa mengaibkan Anwar Ibrahim. Kami sifatkan penyiasatan ini sebagai tidak berasas dan satu bentuk intimidasi yang jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi.
Setiap rakyat berhak mengkritik pemerintahan sejajar dengan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Anwar Ibrahim perlu berhenti menggunakan wang cukai rakyat yang membayar gaji penguatkuasa untuk membungkam suara-suara yang menyinggung perasaannya.
MANDIRI menuntut:
1. Hentikan siasatan terhadap Hishamuddin Rais serta-merta.
2. Hentikan penguatkuasaan undang-undang bersifat politik yang bertujuan untuk menyekat hak kebebasan bersuaradan berhimpun dengan aman.
Kritikan ke atas Perdana Menteri bukan satu kesalahan jenayah, malah menjadi kewajipan bagi rakyat untuk menegurpenguasa saat ketidakadilan sedang berlaku. Suara rakyat tidak akan dapat dibungkam.
Solidariti Hishamuddin Rais!
Lawan tetap lawan!
Wong KuKui
MANDIRI
*Kredit gambar: Astro Awani



Comments